Dua maut dalam kemalangan libatkan empat kereta di LPT - Berita Jenayah | mStar

Dua maut dalam kemalangan libatkan empat kereta di LPT

Diterbitkan: Rabu, 18 Julai 2018 7:29 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Dua maut, manakala empat lagi cedera dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 132.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah barat berhampiran Temerloh pada Selasa malam.

Timbalan Pengarah Bomba Pahang, Mohd Sani Harul berkata kemalangan berlaku lebih kurang jam 8 malam itu melibatkan sebuah treler, Perodua Myvi, Proton Saga dan sebuah SUV Toyota Fortuner dari arah yang sama.

Mangsa yang maut ialah penumpang Myvi Nur Rashila Rosdan, 22, beralamat di Sungai Parit Pasir Panjang Laut, Sitiawan, Perak dan pemandu Toyota Fortuner Low Kim Boon, 65, dari Taman Bukit Istana, Kuantan.

"Mangsa yang cedera ialah penumpang dan pemandu kereta Proton Saga iaitu seorang lelaki dan tiga wanita dewasa. Bagaimanapun pemandu dan pembantu treler tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Selasa.

Identiti mangsa yang cedera sehingga kini masih belum diperoleh.

“Mayat kedua-dua mangsa  dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk dibedah siasat,” katanya.

Tags / Kata Kunci: kemalangan maut , LPT
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan