Putus tangan, mangsa tersepit bawah kereta - Berita Jenayah | mStar

Putus tangan, mangsa tersepit bawah kereta

Diterbitkan: Isnin, 16 Julai 2018 2:15 PM

(Ubah saiz teks)

SEORANG lelaki putus tangan kanan selepas kereta dipandunya hilang kawalan dan terbalik di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Georgetown, Pulau Pinang, kira-kira pukul 3 pagi, Isnin.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar, mangsa berusia 36 tahun itu dalam perjalanan dari pusat bandar menuju Bayan Lepas.

"Setiba di lokasi kejadian, kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sebelum terbalik di tengah jalan.

"Kemalangan itu menyebabkan mangsa putus tangan kanan dan dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang," katanya.

Anuar mengesahkan mangsa tidak berada di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian.

Pihaknya turut meminta saksi kejadian menghubingi balai polis trafik berhampiran.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Tags / Kata Kunci: kemalangan , pulau pinang
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan