Tiga maut selepas kereta langgar belakang lori - Berita Jenayah | mStar

Tiga maut selepas kereta langgar belakang lori

Diterbitkan: Sabtu, 14 Julai 2018 3:32 PM

(Ubah saiz teks)

TAIPING: Tiga lelaki maut manakala seorang cedera ringan selepas kereta Perodua Myvi dinaiki mereka melanggar bahagian belakang sebuah lori di KM 225 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhadapan hentian sebelah Bukit Gantang dekat sini Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.50 pagi itu, Lobpithai Lee Sern Koung, 25, Tan Hock Lai, 24, maut di tempat kejadian maut di tempat kejadian, manakala Ong Cheng Lian, 23, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Taiping.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohamad Taib berkata seorang lagi penumpang Myvi, Chan Jian Zhong, 23, cedera ringan manakala pemandu lori S.Surenthar, 27, selamat.

Mohamad berkata semasa kejadian kereta yang dipandu Lee dalam perjalanan dari Ipoh ke Pulau Pinang sebelum melanggar belakang lori itu.

Mayat mangsa dihantar ke unit forensik Hospital Taiping untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: kemalangan , lori
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan