Lelaki melecur disimbah asid - Berita Jenayah | mStar

Lelaki melecur disimbah asid

Diterbitkan: Rabu, 11 Julai 2018 9:49 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki melecur di bahagian badan selepas disimbah asid ketika memandu kereta di Jalan Raja Chulan pada Selasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Superintendan Rudy Abdullah berkata mangsa memaklumkan kepada polis bahawa dia terlihat dua lelaki menaiki motosikal berwarna biru memecah tingkap kereta sebelum menyimbah asid terhadapnya.

Polis percaya suspek memakai helmet dan jaket berwarna hitam ketika melakukan jenayah berkenaan.

"Mangsa dibawa ke hospital oleh orang ramai dan kini berada dalam keadaan stabil," katanya dalam satu kenyataan.

Ketika kejadian mangsa berseorangan di dalam kereta tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana kerana dengan sengaja menyebabkan parah menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.

Tags / Kata Kunci: asid , melecur
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan