Bayi hilang ditemui dalam peti ais pengasuh - Berita Jenayah | mStar

Bayi hilang ditemui dalam peti ais pengasuh

Diterbitkan: Rabu, 4 Julai 2018 7:39 AM

(Ubah saiz teks)

GOMBAK: Bayi lelaki berusia lima bulan yang sebelum ini dilapor hilang selepas didakwa diambil seorang lelaki menyamar sebagai bapanya, ditemui mati di rumah pengasuhnya di Jalan Nahkoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves, di sini.

Mayat mangsa, Adam Rayqal Mohd Sufi ditemui dalam bahagian atas peti ais dua pintu di rumah pengasuh tersebut kira-kira pukul 11 malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, mayat ditemui disorokkan dalam bahagian sejuk beku.

Memetik kenyataannya dalam laman portal berita, mayat bayi berkenaan lengkap dengan pakaian dibalut dengan kain lampin serta disumbat dalam beg berwarna hijau.

Mangsa ditemui anggota polis yang membuat pemeriksaan di rumah berkenaan.

"Mayat bayi ditemui selepas siasatan polis mendapati keterangan pengasuh terbabit meragukan.

"Polis kemudian membawa pengasuh berkenaan ke rumahnya sebelum ditunjukkan lokasi mayat bayi itu disimpan," katanya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, pihaknya sudah menahan pengasuh berusia 33 tahun itu bersama rakan serumahnya yang berusia 36 tahun.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Terdahulu, orang ramai dikejutkan dengan penularan berita kehilangan seorang bayi lelaki berusia tiga bulan dipercayai dilarikan individu tidak dikenali dari rumah pengasuhnya di Taman Nakhoda, Batu Caves dekat sini, petang Isnin.

Kehilangan bayi bernama Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif itu disedari ibunya, Farrah Madihah Othman, 28, selepas dihubungi pengasuh memaklumkan anaknya sudah diambil suaminya, Mohd Sufi Naeif Mohd Pauzi, 28. - Sinar Online

Tags / Kata Kunci: mayat bayi , pengasuh , Adam Rayqal
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan