Jamal akhirnya ditahan - Berita Jenayah | mStar

Jamal akhirnya ditahan

Diterbitkan: Isnin, 2 Julai 2018 8:20 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos berjaya ditangkap Polis Negara Republik Indonesia (POLRI).

Berita penangkapan Jamal disahkan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan pada Isnin malam.

"Saya dimaklumkan pada pukul 6.15 petang (waktu Malaysia), pihak POLRI telah berjaya menangkap Datuk Seri Jamal Yunus," katanya.

Menurut Muhyiddin, POLRI telah menghubungi Bukit Aman untuk menyelaras urusan membawa pulang Jamal ke Malaysia.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pemerintah Republik Indonesia, khususnya POLRI atas bantuan mereka," katanya.

Bekas calon ketua pemuda Umno itu dikehendaki polis kerana disiasat berhubung sembilan kes yang dikaitkan terhadapnya.

Beliau melarikan diri semasa proses ikat jamin dijalankan di Hospital Ampang Puteri pada 25 Mei lalu.

Jamal didakwa di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan berkaitan kes gangguan awam selepas memimpin bantahan pada Oktober 2017 dengan memecahkan beberapa botol minuman keras di luar bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam.

Beliau juga disiasat mengikut Seksyen 34 Akta Senjata 1960 kerana membawa senjata api semasa dalam keadaan mabuk atau tidak senonoh.

Mahkamah Majistret Shah Alam kemudian mengeluarkan waran tangkap ke atas Jamal pada 8 Jun lalu.

Tags / Kata Kunci: Jamal Md Yunos , PDRM , Umno
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan