Penjenayah paling dikehendaki diberkas - Berita Jenayah | mStar

Penjenayah paling dikehendaki diberkas

Diterbitkan: Ahad, 24 Jun 2018 7:00 PM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Polis telah berjaya menahan seorang suspek lelaki tempatan yang paling dikehendaki kerana penglibatan dalam pelbagai kes jenayah di sini.

Ketua Polis Miri ACP Lim Meng Seah berkata, suspek berumur 30 tahun itu ditangkap di sebuah rumah di Jalan Taman Piasau pada pukul 12.15 tengahari Sabtu bersama pelbagai barangan dipercayai daripada kes pecah rumah.

“Dengan tertangkapnya suspek, polis yakin berjaya menyelesaikan 15 kes pecah rumah serta curi kenderaan di bandaraya Miri,”katanya dalam satu kenyataan di sini Ahad.

Lim berkata, selain kes pecah rumah serta curi kenderaan suspek juga dikehendaki untuk kes kesalahan berkaitan dadah dan ugutan jenayah.

“Suspek telah ditahan reman seminggu untuk membantu siasatan bagi mengesan rakan-rakannya yang masih bebas,” katanya.

Jelas Lim, antara barangan yang turut dirampas ialah Mykad, kad kredit, kad debit milik mangsa pecah rumah serta, peralatan yang digunakan untuk pecah rumah dan mencuri. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: penjenayah
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan