Atuk, cucu maut kemalangan di LPT1 - Berita Jenayah | mStar

Atuk, cucu maut kemalangan di LPT1

Diterbitkan: Sabtu, 23 Jun 2018 11:30 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Dua sekeluarga maut, enam lagi cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Km233.6 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1) berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Kuantan di sini, tengah malam tadi, menurut polis.

Dalam kemalangan pada kira-kira 12.05 malam itu, Hamzah Hitam, 77, dan cucunya Muhammad Hairi Khosni, 18, yang merupakan penumpang belakang kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza maut di tempat kejadian.

Empat lagi anggota keluarga itu yang cedera ialah pemandu MPV Khosni  Kamit, 54, yang merupakan staf Jabatan Kebajikan Masyarakat, isteri Khosni Nor Haliza Hamzah, 50, dan kakaknya  Nor Haslina, 52, dan seorang lagi anak pasangan itu Muhammad Haziq, 24, yang patah paha  kanan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Kamarulzaman Jusoh berkata turut cedera ialah pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux, Wazir Baharudin, 46 dan rakannya, Muhammad Ishak Ismail, 54.

“Bagaimanapun pemandu sebuah lagi MPV Perodua Alza, Faiq Ibrahim, 28, isteri, Norhidayah Boriak, 25, anak mereka, Muhammad Firash Nawfal, 6 bulan, dan adik pemandu Mohd Firdaus, 28, tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini, Sabtu.

Katanya mayat dua beranak itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan.-- Bernama 


Tags / Kata Kunci: LPT1
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan