Dua beranak maut nahas di Pontian - Berita Jenayah | mStar

Dua beranak maut nahas di Pontian

Diterbitkan: Sabtu, 23 Jun 2018 12:53 PM

Foto Facebook.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Dua beranak maut apabila kereta dinaiki mereka melanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda di Km8 Jalan Pontian-Kukup di sini, malam Jumaat.

Dalam kejadian 10.10 malam itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Norasmah Ab Karim, 37, berasal dari Kampung Serkat Timor Serkat, Pontian serta anaknya, Muhammad Azqullah Azhar, empat tahun.

Ketua Polis Daerah Pontian, Supt Mustafa Bakri Salleh berkata kejadian dipercayai berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda itu yang dipandu seorang lelaki tidak memberhentikan kereta ketika hendak keluar dari simpang, menyebabkannya berlanggar dengan kenderaan yang membawa Norasmah sekeluarga dari arah berlainan.

Akibat pelanggaran itu, Norasmah dan anaknya mati di tempat kejadian manakala suaminya, Azhar Zainal, 39, yang memandu kenderaan cedera di kepala dan kini dirawat di Hospital Pontian.

Kejadian turut menyebabkan seorang lagi anak Norasmah iaitu Muhammad Aizat, 10, dan neneknya Noraini Sulaiman, 60, cedera dan dirawat di hospital sama.

Pemandu dan tiga penumpang pacuan empat roda itu pula terselamat namun Mahkamah Majistret Johor Bahru telah mengeluarkan perintah reman empat hari ke atas pemandunya bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu melulu. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: maut , kemalangan
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan