Dua lelaki ditahan dipercayai pecah masuk rumah Jamal Yunos - Berita Jenayah | mStar

Dua lelaki ditahan dipercayai pecah masuk rumah Jamal Yunos

Diterbitkan: Jumaat, 22 Jun 2018 8:05 PM

jamal yunos
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki yang dipercayai terbabit dengan kes pecah masuk rumah Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos (gambar) di Ampang dekat sini, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias berkata lelaki berusia 29 dan 25 tahun itu ditahan dalam serbuan di Paroi, Negeri Sembilan dan di Ampang.

“Lelaki berusia 29 tahun itu ditahan kira-kira 2 pagi di Paroi pada Rabu manakala rakannya ditahan di Ampang pada 6.30 petang esoknya.

“Mereka bekerja sebagai pengawal peribadi,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Jumaat.

Beliau berkata kedua-dua lelaki itu kini direman tujuh hari sehingga Khamis depan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan bagi samun berkumpulan.

Pada Ahad lepas, kediaman Jamal di Ampang dipecah masuk dipercayai oleh empat lelaki dengan seorang daripada mereka menutup mukanya.  

Dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi itu, satu beg pakaian besar, cermin mata pelbagai jenama, tiga telefon bimbit dan beberapa barangan lain dilarikan penjenayah itu.

Tags / Kata Kunci: Jamal Yunos
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan