Warga emas bunuh diri lepas tembak mati rakan - Berita Jenayah | mStar

Warga emas bunuh diri lepas tembak mati rakan

Diterbitkan: Sabtu, 2 Jun 2018 9:57 AM

Paparan skrin daripada kejadian tembakan yang berlaku di Kampung Koh, Sitiawan pada Jumaat malam. - Facebook

(Ubah saiz teks)

MANJUNG: Seorang warga emas bertindak membunuh diri selepas menembak mati rakannya berhampiran sebuah restoran di Kampung Koh, di Sitiawan dekat sini pada Jumaat malam.

Ling meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Seri Manjung.

Seorang saksi yang enggan dikenali berkata semasa kejadian dia sedang minum di kedai tersebut dan terlihat suspek mengeluarkan senapang patah dari kereta jenis Toyota Fortuner sebelum menembak seorang lelaki dengan beberapa das tembakan pada jarak dekat di kawasan letak kereta kedai tersebut.

“Pada mulanya saya melihat mereka berdua sedang minum bersama beberapa rakan lain di meja sama," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, Jumaat malam.

Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook memaklumkan Ketua Polis Daerah Manjung ACP Muhammad Hanif Othman mengesahkan kejadian tersebut.

Kenyataan itu turut menggesa orang ramai supaya menghentikan penyebaran video kejadian itu yang tular dalam Facebook dan aplikasi Whatsapp kerana ia akan mengundang gangguan emosi pihak tertentu terutamanya keluarga mangsa.

“Ini juga akan mendatangkan rasa takut dan kebimbangan kepada orang awam serta sekitar kawasan termasuk mengganggu  siasatan polis,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Tags / Kata Kunci: bunuh diri
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan