Polis Sabah jejaki Musa Aman - Berita Jenayah | mStar

Polis Sabah jejaki Musa Aman

Diterbitkan: Khamis, 24 Mei 2018 1:08 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Polis Sabah cuba menjejaki bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman untuk mendapatkan keterangannya bagi membantu siasatan proses intimidasi terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata mereka tahu Musa tidak berada di Kota Kinabalu ketika ini.

"Kami masih cuba mencari jalan untuk mendapatkan beliau," katanya kepada media selepas Majlis Penyerahan Kuih-Muih Aidilfitri kepada Pasukan Keselamatan di Menara Tun Mustapha di sini, sebentar tadi.

Jelas Ramli, pihaknya sudah merakam keterangan daripada sembilan individu termasuk Juhar.

Kenyataan Juhar direkodkan selepas beliau membuat laporan polis bertarikh 14 Mei lalu.

"Kami perlu mengambil keterangan Musa sebelum kes ini diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan timbalannya, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Tags / Kata Kunci: Musa Aman
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan