Bayi bertali pusat menangis di padang permainan - Berita Jenayah | mStar

Bayi bertali pusat menangis di padang permainan

Diterbitkan: Isnin, 21 Mei 2018 6:46 PM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan dan masih bertali pusat ditemui di sebuah padang permainan berhampiran Dewan Komuniti  di Taman Sri Andalas di sini, tengah hari Isnin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pengadu akan penemuan tersebut jam 12.38 tengah hari.

Menurutnya, bayi seberat 3.22 kilogram itu dijumpai oleh orang awam dalam keadaan menangis.

"Bayi baru dilahirkan ditinggalkan dalam balutan kain pelikat, masih bertali pusat dan uri. Status bangsanya masih belum dikenal pasti.

"Bayi berkenaan telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan disahkan berada dalam keadaan sihat," katanya.

Justeru katanya, beliau meminta bantuan orang awam yang mempunyai maklumat untuk menyalurkannya dengan menghubungi IPD Klang Selatan di talian 03-33762222.-SinarHarian

 

Tags / Kata Kunci: uri , tali pusat , Taman Sri Andalas
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan