Maut disimbah cuka getah - Berita Jenayah | mStar

Maut disimbah cuka getah

Diterbitkan: Sabtu, 21 April 2018 10:42 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki warga Indonesia ditemui mati di sebuah rumah kedai di Ulu Tiram dekat sini akibat disimbah cuka getah ketika bergelut dengan teman wanitanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, mangsa berusia 34 tahun itu mengalami kecederaan serius dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5 pagi Jumaat.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati perselisihan faham itu berlaku apabila teman wanitanya yang juga warga Kemboja berusia 50 tahun mahu memutuskan hubungan mereka.

"Semasa perselisihan faham itu, wanita terbabit menyimbah cuka getah itu ke arah teman lelakinya, menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius sebelum tidak sedarkan diri dan meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, suspek ditahan di tempat kejadian sebelum dihantar untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).

"Mayat mangsa dihantar HSI untuk dibedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Tags / Kata Kunci: cuka getah
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan