Suri rumah maut dijerut dalam kejadian samun - Berita Jenayah | mStar

Suri rumah maut dijerut dalam kejadian samun

Diterbitkan: Isnin, 16 April 2018 8:15 PM

Yahya Abd Rahman

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang suri rumah maut dipercayai akibat dijerut dalam kejadian samun di Taman Permai dekat Kampung Tawas di sini, petang Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan jenayah (JSJ) Perak SAC Yahya Abd Rahman berkata mayat mangsa yang berumur 32 tahun ditemui oleh adik iparnya yang pulang ke rumah kira-kira pukul 4 petang.

Menurut beliau berdasarkan siasatan awal mendapati mangsa dipercayai disamun berikutan barangan kemas milik mangsa iaitu rantai leher, anting-anting dan subang pada hidung mangsa hilang yang dianggarkan bernilai kira-kira RM3,000.

“Kejadian disedari pada pukul 4 petang oleh adik iparnya, kesan leher di jerut dengan tali nilon diikat pada tingkap masih ada.

“Ketika kejadian bapa mertua mangsa ada di dalam rumah namun di berlainan bilik dan kita dapati bapa mertua mangsa mempunyai masalah pendengaran jadi dia tak dengar mangsa menjerit,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Mengulas lanjut, Yahya berkata polis percaya kejadian itu dilakukan oleh dua orang suspek yang berumur lingkungan 20 hingga 30-an.

Katanya berdasarkan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan tersebut, polis telah berjaya mengenal pasti suspek dan kini dalam usaha menjejaki.

“Kita (polis)  nampak suspek masuk ke dalam rumah kurang 10 minit. Kita percaya suspek mempunyai pertalian saudara dengan mangsa,” katanya.

Beliau berkata kerugian dianggarkan antara RM2,000 hingga RM3,000.

Mayat mangsa  dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk bedah siasat dan kes disisasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Surirumah , jerut , samun
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan