Mayat Wanita Ditemui Dalam Almari - Berita Jenayah | mStar

Mayat Wanita Ditemui Dalam Almari

Diterbitkan: Rabu, 14 Mac 2018 11:28 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis menahan dua lelaki selepas mayat seorang wanita ditemui dalam sebuah almari di sebuah unit pangsapuri di Paya Terubong.

Mayat wanita berkenaan, Santi Restauli Simbolon, 25, dari Indonesia ditemui dalam almari di Blok B Green Garden pada pukul 10 malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, polis telah menahan dua suspek yang dipercayai rakan teman lelaki kepada wanita itu.

Mayat ditemui selepas salah seorang rakan sebilik mangsa memecahkan pintu bilik yang terkunci berikutan bau busuk dari dalam bilik.

Anuar berkata, pihak polis sedang memburu teman lelaki wanita itu, Sandip Gurung, 27, dari Nepal.

Bedah siasat terhadap mayat akan dilakukan pada Rabu.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan