102.99Kg Syabu Bernilai RM5.6 Juta Dirampas - Berita Jenayah | mStar

102.99Kg Syabu Bernilai RM5.6 Juta Dirampas

Diterbitkan: Sabtu, 3 Mac 2018 1:00 PM

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Datuk Seri Subromaniam Tholasy (tengah) dan Pengarah JKDM Sabah Datuk Hamzah Sundang (dua, kiri) menunjukkan antara bungkusan syabu pada sidang media, Sabtu.

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 102.99 kilogram syabu  bernilai kira-kira RM5.6 juta daripada lima lelaki di Lapangan Terbang Sandakan pada Selasa lepas.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata kesemua suspek yang berusia 19 hingga 26 tahun dan berasal dari Semenanjung itu ditahan pada 9.35 pagi selepas tiba dari Kuala Lumpur.

Dadah tersebut yang disorokkan di dalam bagasi yang dibawa oleh setiap suspek dikesan menerusi mesin pengimbas di kaunter pemeriksaan balai ketibaan, katanya pada sidang media, di sini, Sabtu.

Menurutnya syabu terbabit ditemui berbalut empat lapisan plastik, kertas logam, kertas karbon dan kajang aluminium dipercayai bagi mengelakkan dikesan mesin pengimbas.

"Kita ada mesih pengimbas canggih dapat mengesan bungkusan dadah dalam beg bagasi, selain pengurusan risiko mengenal pasti gerak geri penumpang yang meragukan.

Sehubungan itu katanya kelima-lima lelkai tersebut ditahan dan kemudian direman 12 hari bagi membantu siasatan menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Subromaniam berkata kes itu adalah yang kedua bagi JKDM Sabah tahun ini melibatkan cubaan penyeludupan melalui jalan udara.

Beliau juga berkata kes itu menunjukkan trend penyeludup dadah kini menggunakan penerbangan domestik berikutan pemeriksaan ketat yang dikenakan bagi perjalanan antarabangsa.

Penyeludup  beranggapan perjalanan domestik kurang berisiko kerana pemeriksaan tidak seketat perjalanan antarabangsa, katanya.

Bagaimanapun kata Subromaniam, JKDM telah mengeluarkan arahan agar pemeriksaan ketat dilakukan terhadap penumpang yang menaiki penerbangan domestik, khususnya dari Kuala Lumpur ke Sabah dan Sarawak.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: syabu , Sandakan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan