Tidak Sempat Brek, Warga Emas Maut Dalam Kejadian Langgar Lari - Berita Jenayah | mStar

Tidak Sempat Brek, Warga Emas Maut Dalam Kejadian Langgar Lari

Diterbitkan: Khamis, 1 Mac 2018 9:03 PM

(Ubah saiz teks)

LABUAN: Seorang warga emas terbunuh selepas dia dilanggar sebuah kereta ketika melintas di Jalan OKK Abdullah di sini.

Palahuddin Abdul, 64, mengalami kecederaan parah dalam kemalangan yang berlaku pada pukul 6.50 petang Rabu.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Nukleus Labuan untuk rawatan tetapi gagal diselamatkan dan meninggal dunia kira-kira pukul 1.05 pagi Khamis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Labuan Supritendan Mohd Ibrahim Mohd Ghani berkata, pemandu kereta berusia 65 tahun yang merupakan seorang pekerja stesen minyak melarikan diri tanpa mengalami kecederaan.

"Pemandu sedang menuju ke Taman Kian Yap dari bandar ketika kejadian berlaku.

"Dia menekan brek, tetapi gagal mengelak daripada melanggar lelaki itu," kata Mohd Ibrahim.

Beliau menggesa saksi kejadian untuk tampil bagi membantu siasatan.

Beliau juga menasihati orang ramai agar berhati-hati dan menggunakan laluan pejalan kaki yang ditetapkan ketika menyeberangi jalan.

Tags / Kata Kunci: langgar lari
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan