Kertas Siasatan Kes Namewee Ke Peguam Negara - Berita Jenayah | mStar

Kertas Siasatan Kes Namewee Ke Peguam Negara

Diterbitkan: Isnin, 26 Februari 2018 11:46 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kertas siasatan melibatkan video kontroversi yang dihasilkan penyanyi rap, Namewee, "Like A Dog" akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC), kata Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Ketua Polis Negara berkata, pihaknya akan memutuskan tindakan lanjut berasaskan saranan yang bakal dikemukakan nanti.

"Kami akan putuskan bentuk tindakan sebaik kertas siasatan diserahkan," katanya.

Namewee ditahan pada Selasa, 22 Februari lalu selepas tampil memberi keterangan di Bukit Aman dan ditahan reman empat hari.

Tags / Kata Kunci: Namewee , Fuzi
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan