Penuntut Undang-Undang UIAM Dikhuatiri Lemas - Berita Jenayah | mStar

Penuntut Undang-Undang UIAM Dikhuatiri Lemas

Diterbitkan: Sabtu, 24 Februari 2018 7:04 PM

Mangsa dipercayai lemas pada pukul 11.30 pagi Sabtu. - Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang penuntut jurusan undang-undang dikhuatiri lemas semasa beriadah di Air Terjun Lata Hammer, Bentong dekat sini, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Bentong Pemangku Supt Yusuf Unis berkata mangsa Mohd Faizal Yusri, 23, dipercayai lemas pada pukul 11.30 pagi Sabtu, kira-kira setengah jam selepas tiba di kawasan rekreasi itu.

"Mangsa yang berasal dari Pendang, Kedah dipercayai ke air terjun itu bersama-sama lapan rakannya.

"Menyedari mangsa hilang, rakan mangsa cuba untuk mencarinya, bagaimanapun tidak berjaya menyebabkan mereka menghubungi talian kecemasan," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Yusuf berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) penuntut semester kedua di Universiti Islam Antarabangsa itu masih dijalankan oleh polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Sementara itu, Timbalan Pengarah JBPM Pahang Mohd Sani Harul berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 11.52 pagi. - Bernama

Tags / Kata Kunci: lemas
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan