Video Penderaan Tular Tiada Kaitan Dengan Kes Adelina - Berita Jenayah | mStar

Video Penderaan Tular Tiada Kaitan Dengan Kes Adelina

Diterbitkan: Sabtu, 24 Februari 2018 2:35 PM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Polis Pulau Pinang menafikan dakwaan video yang tular di laman sosial berkaitan dengan penderaan ke atas pembantu rumah Adelina Lisao.

Klip yang berdurasi 2.13 minit itu menunjukkan seorang wanita berusia menendang seorang wanita muda di bahagian kepala secara berulang kali.

Seorang lagi wanita dilihat keluar dari rumah tersebut dan menyimbah sebaldi air berhampiran wanita muda terbabit.Rakaman itu juga menunjukkan wanita yang berusia itu memukul mangsa dengan kayu beberapa kali.

Ketua Polis Seberang Prai Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, pihak polis sudah meneliti video viral tersebut dan mengesahkan ia tidak dirakam di lokasi kejadian yang menimpa Adelina.

"Kami tiada maklumat tentang lokasi kejadian video itu dirakamkan," katanya ketika dihubungi The Star pada Sabtu.

Tambah beliau, setakat ini tiada laporan polis dibuat berhubung video tersebut.

Tags / Kata Kunci: dera
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan