Wanita Maut Kereta Masuk Laluan Bertentangan - Berita Jenayah | mStar

Wanita Maut Kereta Masuk Laluan Bertentangan

Diterbitkan: Sabtu, 10 Februari 2018 3:56 PM

Mangsa yang memandu kereta jenis Proton Wira masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Persona. - Facebook/ Info Kemalangan & Bencana Malaysia

(Ubah saiz teks)

KOTA TINGGI: Seorang wanita maut apabila kereta dipandunya terlibat kemalangan di Kilometer (KM) 34 Jalan Johor Bahru - Mersing, dekat sini, pagi Sabtu.

Sim Lee Peng, 36, beralamat di Kampung Gembut, Jalan Tanjung Sedili, Kota Tinggi meninggal dunia di tempat kejadian disebabkan kecederaan pada badan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Ahsmon Bajah berkata dalam kejadian kira-kira 8.45 pagi itu, mangsa yang memandu kereta jenis Proton Wira dari arah Kota Tinggi menghala ke Johor Bahru, telah masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Persona dari arah Johor Bahru menghala ke Kota Tinggi.

"Akibat kemalangan itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu Persona, Fred Anak Edin cedera parah dan kini menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi," kata beliau. - Bernama

Tags / Kata Kunci: kemalangan maut
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan