Mat Rempit Makin Mengganas, Hampir Bunuh Orang - Berita Jenayah | mStar

Mat Rempit Makin Mengganas, Hampir Bunuh Orang

Diterbitkan: Isnin, 5 Februari 2018 7:28 PM

(Ubah saiz teks)

ISU membabitkan samseng jalanan dalam kalangan penunggang motosikal atau 'mat rempit' seperti tidak berkesudahan.

Kali ini seorang penunggang motosikal berusia 19 tahun ditahan polis selepas merempuh seorang pejalan kaki di Bandar Hilir, Melaka.

Tindakannya sebagai usaha untuk meloloskan diri daripada pihak berkuasa itu hampir meragut nyawa mangsa yang sedang melintas jalan.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Mohd Sham Abdullah mengesahkan kejadian itu.

Katanya penunggang motosikal yang merempuh pejalan kaki berkenaan ditahan mengikut  Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tags / Kata Kunci: Mat Rempit
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan