Rasuah: Pengarah JPS Antara Tiga Direman - Berita Jenayah | mStar

Rasuah: Pengarah JPS Antara Tiga Direman

Diterbitkan: Selasa, 30 Januari 2018 3:00 PM

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran antara tiga individu yang direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis bersama dua pengarah syarikat direman tujuh hari bermula Selasa, bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa melibatkan suapan hampir RM4 juta.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Tertinggi Mahkamah Rendah, Wan Nor Fadzilah Wan Ibrahim keatas tiga individu itu bermula 30 Januari sehingga 5 Februari depan.

Tempoh tahanan reman itu dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut terhadap Pengarah JPS Perlis dan dua pengarah syarikat yang juga kontraktor dilakukan.

Terdahulu, Pengarah JPS Perlis berusia 60 tahun tiba di mahkamah jam 9.20 pagi, manakala dua kontraktor masing-masing berusia 39 dan 50 tahun tiba lebih kurang 30 minit kemudian.

Pada Isnin, tiga individu termasuk Pengarah JPS Perlis dilaporkan ditahan SPRM kerana disyaki terlibat perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. - Sinar Online

Tags / Kata Kunci: SPRM , JPS
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan