Dua Beranak Maut Gara-Gara Lori Besi - Berita Jenayah | mStar

Dua Beranak Maut Gara-Gara Lori Besi

Diterbitkan: Selasa, 30 Januari 2018 5:57 PM

(Ubah saiz teks)

TIGA maut termasuk dua beranak apabila sebuah bas sekolah melanggar bahagian belakang sebuah lori yang diletakkan di tepi jalan di Kilometer 12, Jalan Pesisir Bintulu-Miri, pagi Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Mohamad Meramit berkata dalam insiden pada jam 6.12 pagi itu, mangsa yang maut ialah pemandu bas Ramnelan Samar serta anak perempuannya Nur Nabila Syakila, 9, dan seorang lagi penumpang bas berkenaan Aien Laila Aliesha, 11, yang meninggal di Hospital Bintulu.

“Enam murid sekolah mengalami kecederaan, 14 murid selamat dan pemandu lori yang membawa muatan besi tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Tags / Kata Kunci: Bintulu
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan