Suspek Kedua Kes Bunuh Pelajar Kolej Ditahan - Berita Jenayah | mStar

Suspek Kedua Kes Bunuh Pelajar Kolej Ditahan

Diterbitkan: Sabtu, 27 Januari 2018 3:27 PM

Polis Miri memeriksa kereta yang dikaitkan dengan siasatan pembunuhan seorang gadis kolej berusia 22 tahun yang dipercayai dibunuh oleh teman lelakinya. - PDRM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Pihak polis membuat tangkapan kedua berhubung siasatan kes pembunuhan pelajar kolej berusia 22 tahun, Doris Daun dengan penahanan adik lelaki kepada teman lelaki mangsa yang berusia 23 tahun.

Ketua Polis Miri Asisten Komisioner Lim Meng Seah mengesahkan tangkapan itu dibuat pada pagi Sabtu, namun enggan mendedahkan butiran lanjut.

Beliau turut mengesahkan, pihaknya sedang menyiasat kes tersebut dan bedah siasat akan diadakan dengan segera.

Tangkapan itu dibuat susulan penahanan teman lelaki mangsa pada Jumaat selepas suspek dan adik lelakinya menghantar Daun ke Hospital Miri pada pagi Jumaat.

Laporan polis dibuat oleh kakitangan Hospital Miri susulan kecederaan yang ditemukan di bahagian kepala mangsa selepas disahkan meninggal dunia.

Daun dilaporkan berasal dari Long Moh di Ulu Baram.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan