Salah Guna Kuasa: Timbalan Pengetua MRSM, Anak Lelaki Ditahan Reman - Berita Jenayah | mStar

Salah Guna Kuasa: Timbalan Pengetua MRSM, Anak Lelaki Ditahan Reman

Diterbitkan: Jumaat, 26 Januari 2018 2:04 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang pegawai Mara di Kuala Kubu Bharu, dekat sini direman  tujuh hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan dakwaan pemberian kerja pembekalan barang keperluan pelajar kepada pihak berkepentingan.

Turut direman bagi tempoh dan tujuan sama adalah anak lelakinya berumur 24 tahun dan seorang lagi lelaki iaitu pemilik sebuah syarikat berumur 40 tahun.

Majistret P. Sarulatha membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman ketiga-tiga suspek itu sehingga Khamis depan.

Ketiga-tiga individu terbabit tiba di kompleks mahkamah di sini  kira-kira pukul 10.30 pagi dan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Menurut sumber SPRM semalam, kesemua suspek ditahan antara pukul 4.30 petang dan 7 malam di Pejabat SPRM Selangor.

Wanita yang juga timbalan pengetua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berumur 48 tahun itu dipercayai telah menyalahgunakan kuasanya dengan memberikan kerja-kerja pembekalan barang keperluan pelajar yang bernilai lebih kurang RM79,000 secara rundingan terus kepada anaknya melalui sebuah syarikat dimiliki rakan anaknya itu.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: MRSM , SPRM
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan