Kejam! Pijak Anak Saudara 2 Tahun - Berita Jenayah | mStar

Kejam! Pijak Anak Saudara 2 Tahun

Diterbitkan: Khamis, 25 Januari 2018 7:48 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Seorang lelaki selayaknya digelar binatang apabila sanggup memijak seorang kanak-kanak lelaki yang sedang tidur dalam kejadian di sebuah flat di Taman Bagan Jaya.

Mangsa yang merupakan anak saudaranya berusia dua tahun 11 bulan dipijak di bahagian muka.

Malah suspek dipercayai bertindak memukul mangsa sehingga mangsa mengalami sesak nafas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, suspek yang berusia 23 tahun itu kemudiannya diberkas polis pagi Rabu.

"Ibu kepada kanak-kanak itu memberitahu, kejadian berlaku ketika dia berada di luar rumah, ibu mangsa kemudiannya terkejut mendengar suara anaknya itu menangis.

"Ibu mangsa kemudian berlari untuk mendapatkan mangsa dan terkejut apabila melihat mangsa dipukul dan dipijak suspek," katanya.

Noorzainy berkata, siasatan awal polis mendapati suspek merupakan seorang pengganggur dan disyaki ketagihan dadah.

"Siasatan awal dijalankan mendapati suspek mengalami tekanan hidup, ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas suspek mendapati positif dadah jenis Morfin,” katanya.

Menurutnya, kanak-kanak itu kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital kerana mangsa mengalami bengkak pada bahagian muka namun stabil.

Tambahnya, kes masih dalam siasatan lanjut dan disiasat bawah Seksyen 323/18 Akta Keganasan Rumah Tangga. - Sinar Online


   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan