Tergelincir Basikal Sebelum Lemas - Berita Jenayah | mStar

Tergelincir Basikal Sebelum Lemas

Diterbitkan: Jumaat, 19 Januari 2018 8:10 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak lelaki yang tergelincir ketika menunggang basikal bersama beberapa rakan ditemui lemas di tali air di Kampung Pauh Lima, di sini pada Khamis.

Mangsa, Muhammad Zul Hisyam Md Hashim, 9, ditemukan kira-kira pukul 4 petang.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama beberapa rakan menunggang basikal melalui jambatan di lokasi itu sebelum dia tergelincir.

Ismail berkata, ekoran kejadian itu rakan mangsa meminta bantuan penduduk kampung yang menghubungi pihak polis untuk memaklumkan kejadian itu.

"Kita terima panggilan pada pukul 3.41 petang dan pada masa yang sama melakukan gerakan mencari dan menyelamat.

"Semasa polis sampai pukul 4.20 petang, mangsa sudah ditemui penduduk kampung dan dibawa ke tebing," katanya di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga.

Menurutnya kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Sinar Harian

Tags / Kata Kunci: lemas

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan