10 Mat Lajak Kluang Ditahan - Berita Jenayah | mStar

10 Mat Lajak Kluang Ditahan

Diterbitkan: Jumaat, 19 Januari 2018 9:40 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KLUANG: Polis menahan seramai 10 Mat Lajak atas kesalahan menaiki basikal yang diubah suai semasa operasi yang dijalankan di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Kluang, Asisten Komisioner Muhamad Laham berkata, penunggang basikal yang berumur 10 hingga 12 tahun itu ditahan kerana menunggang secara berbahaya di bawah operasi "Ops Basikal Lajak".

"Siasatan awal menunjukkan penunggang bawah umur terbabit menggunakan beberapa laluan sebagai trek perlumbaan mereka," katanya dalam satu kenyataan.

Muhamad berkata, polis juga merampas basikal mereka dalam operasi selama dua jam dari pukul 5 hingga 7 malam.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 112 (3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tags / Kata Kunci: Mat Lajak

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan