Laporan Pelajar Diculik Di Pandan Indah Tular Disiasat - Berita Jenayah | mStar

Laporan Pelajar Diculik Di Pandan Indah Tular Disiasat

Diterbitkan: Isnin, 15 Januari 2018 4:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat laporan cubaan menculik seorang  pelajar lelaki tingkatan satu di sebuah sekolah menengah di Pandan Indah oleh dua lelaki yang tular dalam media sosial sejak Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, pihaknya ada menerima laporan berhubung kes cubaan culik tersebut menggunakan van putih dan sedang meneliti perkara sebenar yang berlaku pada hari kejadian.

“Setakat  ini tiada saksi atau rakaman kamera litar tertutup yang boleh membantu siasatan kes berkenaan.

"Bagaimanapun polis membuka siasatan kes ini mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu melarikan individu, untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini, Isnin.

Berdasarkan laporan polis, kejadian didakwa berlaku apabila pelajar itu sedang menunggu bas di Jalan Pandan Indah pada 12 tengah hari sebelum dia dipercayai cuba diculik dua lelaki menaiki van putih, namun berjaya melepaskan diri dan melaporkan kejadian itu kepada pihak sekolah.-- Bernama   


Tags / Kata Kunci: Pandan Indah , Hamzah
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan