Dua Maut Tertimbus Tanah Runtuh - Berita Jenayah | mStar

Dua Maut Tertimbus Tanah Runtuh

Diterbitkan: Jumaat, 12 Januari 2018 3:59 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA MARUDU: Dua lelaki maut selepas motosikal ditunggangi mereka tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Marak Parak-Ranau di kawasan pedalaman Sabah, Jumaat.

Kedua-dua mangsa dikenali sebagai Jaiman Bien, 46, dan Edmond James, 22.

Ketua Polis Kota Marudu, Superitendan Mohd Izaan Abdullah berkata, kedua-duanya terjatuh ke dalam gaung sebelum mereka tertimbus oleh tanah runtuh pada Kilometer (KM) 36 di jalan yang menghubungkan Ranau ke utara daerah Kota Marudu.

Beliau berkata, polis menerima panggilan pada pukul 7.20 pagi Jumaat, dan anggota bomba dan kakitangan Jabatan Kerja Raya bergegas ke tempat kejadian.

Izaan berkata, kejadian tanah runtuh dipercayai berlaku akibat hujan berterusan di kawasan itu sejak dua hari lalu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan