Dua Mat Lajak Maut Dirempuh Kereta - Berita Jenayah | mStar

Dua Mat Lajak Maut Dirempuh Kereta

Diterbitkan: Khamis, 11 Januari 2018 1:13 PM

(Ubah saiz teks)

PEKAN NENAS: Dua mat lajak yang menyertai perlumbaan basikal haram maut, manakala dua lagi cedera dalam kemalangan di Jalan Sawah Ulu Pulai di sini, Rabu malam.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superitendan Zakaria Abd Rahman berkata, mangsa yang berusia 13 dan 14 tahun tercampak dari basikal masing-masing sebelum meninggal dunia di lokasi kejadian pada pukul 10.45 malam.

Katanya, siasatan awal mendapati kumpulan itu dalam perjalanan dari sini ke Ulu Pulai selepas menyertai kegiatan kompan sebelum dirempuh kereta dari arah bertentangan.

"Kemalangan itu menyebabkan kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakalan dua lagi rakan mangsa cedera," katanya sambil menambah mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Pontia untuk rawatan lanjut.

Beliau bekata, pemeriksaan mendapati tiga remaja terlibat bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Nenas, manakala seorang lagi tidak bersekolah.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu hingga mengakibatkan kematian.

Tags / Kata Kunci: mat lajak , Ulu Pulai

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan