Empat Sekeluarga Warga Singapura Nahas Di PD - Berita Jenayah | mStar

Empat Sekeluarga Warga Singapura Nahas Di PD

Diterbitkan: Rabu, 3 Januari 2018 10:00 PM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Empat sekeluarga warga Singapura maut dalam kemalangan di Lukut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki bertembung sebuah lori di di persimpangan arah ke Sepang.

Jurucakap polis berkata, tiga wanita dalam MPV itu maut di tempat kejadian selepas kenderaan itu dirempuh lori terlibat.

Difahamkan identiti mangsa dikenal pasti sebagai pasangan suami isteri, Rosli Samad, 54, dan Maimunah Sapari, 51, serta dua anak mereka Dayana, 19, dan Nor Amalina, 21.

Beliau menambah, pemandu MPV itu meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Katanya, selain MPV itu, lori berkenaan juga merempuh dua lagi kereta dan sebuah motosikal.

Jurucakap iu berkata, pemandu kenderaan dan penunggang motosikal terlibat bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pemandu lori yang melarikan diri sebaik kemalangan itu berlaku telah menyerah diri beberapa jam kemudian,” katanya.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Tags / Kata Kunci: Lukut , Singapura

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan