14 Pondok Madrasah Muhammadiah Terbakar - Berita Jenayah | mStar

14 Pondok Madrasah Muhammadiah Terbakar

Diterbitkan: Jumaat, 29 Disember 2017 7:00 AM

Foto Facebook.

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Sebanyak 14 buah pondok (asrama) di Madrasah Muhammadiah, Pondok Beta Hilir di sini, musnah dalam kebakaran malam Khamis, namun tiada kemalangan jiwa mahupun kecederaan dilaporkan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan Nazili Mahmood berkata ketika kejadian pukul 7.50 malam, kesemua pondok yang diperbuat daripada kayu itu tiada penghuni.

"Mereka (penghuni) ketika kejadian berada di surau madrasah berkenaan untuk aktiviti keagamaan," katanya.

Nazili berkata tiga buah jentera bersama-sama 21 anggota bomba berjaya mengawal dan memadamkan sepenuhnya kebakaran berkenan pada kira-kira pukul 9 malam.

Beliau berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian dalam siasatan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Madrasah Muhammadiah , kebakaran

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan