Penunggang Motosikal Maut Jatuh Lubang Diselenggara - Berita Jenayah | mStar

Penunggang Motosikal Maut Jatuh Lubang Diselenggara

Diterbitkan: Selasa, 26 Disember 2017 11:00 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya terjunam ke dalam lubang sistem saliran dan perparitan yang sedang diselenggara di Padang Merdeka di sini pagi Selasa.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 7.23 pagi sebelum sepasukan 13 anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan ambulans EMRS dari Balai Bomba Padungan dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Mangsa Dina Dzulkarnain Asan, 29, telah dikeluarkan oleh anggota bomba sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan pagi Selasa. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: maut , kemalangan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan