Bomba Jumpa Mayat Wanita Lemas - Berita Jenayah | mStar

Bomba Jumpa Mayat Wanita Lemas

Diterbitkan: Isnin, 25 Disember 2017 9:21 PM

Mayat mangsa ditemukan dekat sungai berhampiran Kampung Kenangan, Batu 13 Puchong pada pukul 5.30 petang Isnin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 20 tahun ditemukan lemas selepas mangsa dipercayai jatuh dari jambatan di sungai berhampiran Jalan Klang Lama di sini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Khirudin Drahman berkata, mangsa yang dikenalpasti sebagai M Kasturi dipercayai jatuh ke sungai ketika dia berada di jambatan yang terletak berdekatan dengan Projek Perumahan Rakyat di Cempaka pada pukul 7.50 pagi Isnin.

Beliau berkata, mayat mangsa ditemukan pada pukul 5.30 petang di sungai dekat Kampung Kenangan, Batu 13 Puchong berhampiran Plaza Tol Sunway.

Tambah beliau, mayat mangsa diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.

Tags / Kata Kunci: lemas
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan