Lima Mat Rempit Ditahan - Berita Jenayah | mStar

Lima Mat Rempit Ditahan

Diterbitkan: Isnin, 25 Disember 2017 1:49 PM

(Ubah saiz teks)

TAIPING: Seorang pelajar berumur 15 tahun antara lima penunggang yang ditahan dalam Op Samseng Jalanan/Rempitdi Jalan Kamunting-Taiping , awal pagi Isnin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping Supt Razlam Ab Hamid berkata selain itu, sebanyak 25 saman dikeluarkan kepada penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan seperti tiada lesen, cukai jalan tamat tempoh, nombor plat tidak ikut syarat, tiada cermins isi dan motosikal diubah suai.

Beliau berkata operasi  tiga jam yang bermula kira-kira3 pagi tadi di sertai sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan dan PenguatkuasaanTrafik (JSPT) Bukit Aman, JSPT Kontinjen Perakdan  Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping.

“Semasa operasi kita nampak beberapa motosikal ditunggang oleh suspek berlumba sesama sendiri, menundukkan badan dan melakukan aksi zig zag dari lampu isyarat berhampiran pasarraya The Store hingga ke pusingan U berhampiran dengan Masa Katering.

“Suspek telah beberapa kali melakukan pusingan perlumbaan dan aksi berbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan rayayang lain,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata kesemua suspek ditahan sebelum dibawa ke IPD Taiping untuk tindakan selanjutnya.- Bernama

Tags / Kata Kunci: Ops Rempit , Taiping
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan