Remaja Hamil Dirogol Bapa Kandung - Berita Jenayah | mStar

Remaja Hamil Dirogol Bapa Kandung

Diterbitkan: Sabtu, 23 Disember 2017 3:53 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGETOWN: Seorang remaja hamil enam bulan selepas mengakui melakukan seks dengan bapa kandungnya di kediaman keluarga tersebut di Ayer Itam di sini.

Kejadian itu disedari ibu mangsa yang mengesyaki suaminya melakukan perkara tidak baik ke atas anak kedua dari tiga beradik itu.

Ibu mangsa kemudiannya meminta anak perempuannya itu agar melakukan ujian kehamilan dan terkejut selepas keputusannya menunjukkan positif.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar oetika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Menurutnya, suspek berusia 50 tahun yang juga seorang peniaga ditahan reman enam hari untuk siasatan lanjut.

Tambahnya, mangsa dirujuk ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan disahkan hamil enam bulan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram. - Sinar Online

Tags / Kata Kunci: hamil , bapa kandung
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan