Nombor Pendaftaran Kenderaan Suspek, Palsu! - Berita Jenayah | mStar

Nombor Pendaftaran Kenderaan Suspek, Palsu!

Diterbitkan: Isnin, 18 Disember 2017 6:24 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Pihak polis mengesahkan bahawa kereta jenis BMW yang dinaiki oleh empat suspek kes bunuh lelaki berusia 44 tahun di stesen minyak Taman Pelangi di sini menggunakan nombor plat pendaftaran palsu.

Ketua polis negeri, Komisioner Datuk Mohd Khalil Kader Mohd Said berkata, semakan mendapati nombor plat pendaftaran kenderaan itu sama dengan sebuah kenderaan lain di Ipoh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Datuk Azman Ayob terdahulu memberitahu, tiada tangkapan berhubung kes terbabit dibuat setakat ini.

Mangsa sebelum itu meletakkan kereta Volkswagen Polo miliknya di stesen minyak tersebut untuk memeriksa angin tayar ketika suspek keluar dari kereta dan segera menyerangnya.

Tags / Kata Kunci: bunuh stesen minyak
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan