Lima Maut Kebakaran Pusat Jagaan Orang Tua

Diterbitkan: Rabu, 13 Disember 2017 10:21 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sekurang-kurangnya lima maut dalam kebakaran di pusat jagaan orang tua Novel Care Home Centre di Sungai Long, Kajang, awal pagi Rabu.

Penolong Pengarah Operasi Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pada pukul 5 pagi.

“Kebakaran berkenaan membabitkan banglo dua tingkat yang dijadikan pusat jagaan orang tua," katanya.

Butiran tentang kejadian dan jumlah mangsa terlibat belum diketahui.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad  Dzaffir Mohd Yussof dijadual mengadakan sidang media tentang kejadian itu.

Tags / Kata Kunci: kebakaran

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan