Polis Ambil Keterangan Zaid Ibrahim

Diterbitkan: Rabu, 13 Disember 2017 12:24 PM

Zaid (dua,kiri) selepas memberikan keterangan di Bukit Aman pada Rabu. foto Sinar Online

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim hadir ke Bukit Aman pada Rabu untuk memberi keterangan berhubung kenyataan yang dikeluarkannya di Twitter.

Menurutnya, tulisan di laman Twitter itu bagi beliau hanya berkisarkan pandangan peribadinya, bukan daripada pihak lain.

"Saya sebagai bekas menteri undang-undang merasakan rakyat mesti faham bahawa keamanan negara ini memerlukan tindakan bijak daripada semua pihak.

"Ramai lagi kata saya menghasut atau kurang ajar dan biadab," katanya kepada pemberita selepas memberi keterangan di Bukit Aman, Rabu.

Zaid yang juga merupakan ahli DAP hadir di Bukit Aman kira-kira jam 9.45 pagi Rabu.

Dalam pada itu, beliau mengakui pegawai polis yang menjalankan siasatan itu menjalankan tugas dengan profesional dan bertanyakan soalan berkaitan.

Katanya, jika ada keperluan polis akan panggil beliau semula untuk ambil keterangan.

Zaid memberi keterangannya kepada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman selama 30 minit dan meninggalkan perkarangan kira-kira pukul 11 pagi.

Baru-baru ini, polis mengesahkan Zaid yang didakwa mengeluarkan kenyataan mempersoalkan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, akan disiasat di bawah Akta Hasutan dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. - Sinar Online

Tags / Kata Kunci: Zaid Ibrahim

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan