Jamal Direman Dua Hari

Diterbitkan: Ahad, 10 Disember 2017 1:55 PM

Jamal membawa tukul besar dan membawa dua potongan kadbod menyerupai Zaid Ibrahim pada Jumaat.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengerusi Gabungan NGO 1Malaysia Datuk Seri Jamal Md Yunos ditahan reman selama dua hari bermula Ahad selepas ditahan di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 8 malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah, mengesahkan penahanan reman itu.

Dia ditahan bagi membantu siasatan polis susulan ugutannya terhadap anggota DAP, Datuk Zaid Ibrahim.

Jamal disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Selain Jamal, tiga individu lain turut dipanggil bagi membantu siasatan.

Selasa lepas, Zaid menerusi akaun Twitter miliknya mempertikaikan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang antara lain menegur bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataan menghina Bugis.

Susulan itu, beberapa bantahan disuarakan pelbagai pihak termasuk Jamal yang hadir ke PWTC pada Jumaat membawa tukul besar.

Tags / Kata Kunci: Jamal Yunos , reman , Zaid Ibrahim

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan