Pegawai Kanan Polis Direman SPRM

Diterbitkan: Jumaat, 8 Disember 2017 3:30 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang pegawai kanan polis berpangkat ACP antara tiga individu direman pada Jumaat bagi membantu siasatan dipercayai berkaitan dengan kes rasuah.

Permohonan reman ke atas pegawai lelaki itu yang sebelum ini merupakan ketua polis daerah serta dua wanita dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kompleks Mahkamah Ipoh di sini.

Penolong Pendaftar Puteri Nordina Kamalaudin kemudian membenarkan ketiga-tiga individu tersebut direman mulai Jumaat sehingga Selasa.

Bekas ketua polis daerah itu yang kini bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dibawa kompleks mahkamah kira-kira pukul 10.45 pagi oleh pegawai SPRM dengan berpakaian lokap SPRM serta bergari.

Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan pada 28 Ogos lalu berkata pihaknya telah menubuhkan sebuah pasukan siasatan untuk menyiasat mengikut peruntukan undang-undang berhubung penyebaran berunsur fitnah terhadap bekas ketua polis daerah berkenaan dan isterinya yang tular di media sosial. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: rasuah , SPRM

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan