Peras Ugut: Pegawai Imigresen Ditahan - Berita Jenayah | mStar

Peras Ugut: Pegawai Imigresen Ditahan

Diterbitkan: Jumaat, 8 Disember 2017 7:45 PM

Anuar Omar

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang pegawai Jabatan Imigresen Pulau Pinang ditahan polis kerana disyaki memeras ugut seorang peniaga kedai runcit warga Bangladesh di premis perniagaan lelaki itu di Jalan Datuk Keramat pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Timur Laut,  ACP Anuar Omar berkata lelaki berusia 29 tahun yang bekerja di jabatan itu sejak setahun lepas ditahan pada pukul 2.05 petang semalam selepas polis menerima aduan daripada peniaga berusia 49 tahun itu.

"Pegawai Imigresen itu bersama seorang rakannya yang juga mengaku pegawai Imigresen turut didakwa memukul dan menendang mangsa di dalam kedai itu kerana dikatakan kurang ajar,” katanya pada Jumaat.

Beliau berkata pegawai Imigresen itu bersama rakannya dikatakan beberapa kali ke kedai runcit berkenaan meminta rokok dan pernah sekali mengambil wang sebanyak RM700.

Anuar berkata hasil siasatan terhadap lelaki yang ditahan ketika berada di kedai itu mendapati dia bersama dua lagi rakannya yang merupakan orang awam sering ke kedai berkenaan sejak tiga bulan lepas.

Usaha mengesan dua lagi suspek yang telah dikenal pasti itu giat dijalankan, katanya.- Bernama

Tags / Kata Kunci: Pegawai Imigresen
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan