Kereta Terjunam, Dua Beradik Maut - Berita Jenayah | mStar

Kereta Terjunam, Dua Beradik Maut

Diterbitkan: Rabu, 6 Disember 2017 9:59 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

MIRI: Dua beradik yang sedang dalam perjalanan menghantar barang ke rumah bapa saudara di sebuah ladang kelapa sawit maut apabila kereta yang dinaiki terjunam ke dalam sungai di Jalan  Sungai Teniku, Ladang Woodman petang Selasa.

Timbalan Ketua Polis Miri Supritendan Stanley Jonathan Ringgit berkata, dalam kejadian pukul 1.45 petang itu   kedua-dua mangsa iaitu Gabriel Bryan Wilson, 23, dan adiknya Gary Neville Wilson sedang dalam perjalanan  dari Permyjaya ke Ladang Woodman yang perlu menyeberangi sungai.

“Kereta kancil yang dipandu Gabriel dipercayai tidak sempat dibrek semasa melalui feri oleh mangsa lalu terlajak ke dalam Sungai Teniku, kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Bernama malam Selasa.

Ketua Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata, mangsa pertama iaitu Gary berjaya ditemukan di lokasi kejadian pada pukul 5.01 petang manakala mangsa kedua Gabriel ditemukan pada  pukul 5.27 petang.

Tags / Kata Kunci: kereta terjunam
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan