Dua Warga India Maut Ditetak - Berita Jenayah | mStar

Dua Warga India Maut Ditetak

Diterbitkan: Ahad, 3 Disember 2017 4:32 PM

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Dua lelaki warga India ditemukan maut dengan kesan tetakan di badan di Taman Industri Balakong Jaya di sini.

Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Yusoff berkata, pihak polis menerima panggilan pada pukul 7.45 malam Sabtu bahawa dua lelaki tersebut berlumurdan darah di Jalan Balakong Jaya 3.

Kata beliau, kedua-dua mangsa ditemukan di bahagian pintu masuk barisan bangunan sebuah kawasan perindustrian.

Tambah Ahmad Dzaffir, mangsa yang dipercayai dalam lingkungan 20-an dijumpai dengan wajah mereka mengadap ke atas rumput dan kesan tetakan di badan serta muka.

Siasatan awal mempercayai motif pembunuhan adalah disebabkan oleh rompakan kerana barangan berharga mangsa telah diambil.

Tags / Kata Kunci: tetak dibunuh
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan