Warga Nepal Maut, Dihumban Dari Tingkat Tiga - Berita Jenayah | mStar

Warga Nepal Maut, Dihumban Dari Tingkat Tiga

Diterbitkan: Ahad, 3 Disember 2017 8:19 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

SITIAWAN: Seorang lelaki warga Nepal maut selepas terlibat dalam satu pergaduhan sebelum dia dihumban rakannya dari tingkat tiga Hostel Green Prospect yang terletak dalam sebuah kilang pembuatan sarung tangan di Kampung Acheh di sini, Jumaat.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, mangsa yang berumur lingkungan 30-an itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Seri Manjung kira-kira 10.30 pagi.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut pada 2.09 awal pagi.

"Mangsa yang juga pekerja di kilang tersebut difahamkan bergaduh dengan seorang lagi pekerja di kilang itu dalam keadaan mabuk sebelum mangsa diangkat dan dihumban dari koridor di tingkat tiga hostel tersebut.

"Mangsa yang cedera parah kemudiannya dibawa ke hospital sebelum meninggal dunia. Bagaimanapun, suspek yang juga warga Nepal yang turut tinggal di hostel tersebut telah melarikan diri," katanya dalam kenyataan di sini malam Sabtu.

Muhammad Hanif berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

Beliau berkata, polis kini sedang mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Bernama

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan