Gara-Gara Salah Hantar, Bekas Pemain Futsal Tumbuk Pemandu Grab - Berita Jenayah | mStar

Gara-Gara Salah Hantar, Bekas Pemain Futsal Tumbuk Pemandu Grab

Diterbitkan: Ahad, 3 Disember 2017 10:00 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Gara-gara dihantar ke destinasi yang salah, seorang bekas pemain futsal kebangsaan secara tidak sengaja 'menumbuk' seorang pemandu Grab di bahagian mata.

Pemandu Grab tersebut mengambil wanita berusia 22 tahun bersama ibunya dari Sunway Pyramid di sini untuk dihantar pulang ke rumah mereka di SS6, Subang Jaya, pada Jumaat tetapi salah faham mencetuskan pergaduhan.

Kedua-dua penumpang itu menyuarakan kemarahan mereka selepas sedikit kelewatan semasa dijemput. Mereka kemudian menutup pintu dengan kuat.

Pertelingkaran diteruskan apabila pemandu secara tidak sengaja membawa kedua-dua penumpang ke rumah yang salah, berhampiran destinasi yang sebenar.

Isu tersebut menarik perhatian selepas pemandu berkenaan menulis perkara itu di akaun media sosial, dan menjadi tular.

Ketua Balai Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, polis kemudiannya bertemu dengan kedua-dua pihak.

"Mereka membuat laporan polis dan kita telah merakamkan keterangan mereka. Terdapat salah faham sehingga menyebabkan kecederaan.

"Bila pemandu dihalang daripada mengambil gambar penumpangnya, dia dipukul di bahagian mata.

"Kedua-dua pihak dipanggil. Selepas berbincang, mereka kemudiannya berdamai dan menarik balik laporan," kata Mohammad Azlin.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan