Johor Terima 3 Laporan Sebar Dokumen SPRM

Diterbitkan: Jumaat, 1 Disember 2017 1:47 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Polis Johor mengesahkan menerima tiga laporan berhubung penyebaran dokumen membabitkan kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang melibatkan bekas Exco Johor.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, tiga laporan diterima pada 29 November iaitu dua laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam dan satu di IPD Johor Bahru Selatan.

"Berkaitan penyebaran dokumen kes SPRM di media sosial, kita mengesahkan pada 29 November telah menerima tiga laporan polis.

"Kes ini telah diambil alih oleh Bukit Aman untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan, malam Khamis.

Beberapa hari lalu sebuah blog di internet memuatnaik beberapa dokumen yang dikatakan merupakan laporan bertulis rakaman percakapan seorang saksi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan skandal hartanah membabitkan bekas Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Abd Latif Bandi.- Sinar Harian

Tags / Kata Kunci: SPRM , Johor

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan